Majalah Niaga | Sumber Informasi Usahawan. Mungkin anda tidak mengenali nama Mohed Altrad. Namun insan ini merupakan antara segelintir manusia yang terpilih untuk menjadi bilionair yang kaya-raya dan hidup mewah. Apa yang menarik, dia bukanlah berasal daripada golongan yang kaya pada asalnya sebaliknya bermula dari bawah. Mari kenali siapakah Mohed Altrad ini. #1-Profil Mohed Altrad Beliau dilahirkan di Syria pada tahun 1948 dan dijaga oleh neneknya sejak kecil. Mohed bekerja sebagai pengembala kambing sejak kecil lagi. Namun, disebalik kesusahannya, Mohed tidak pernah tercicir dalam pelajaran. Dia dikhabarkan sering berjalan ke sekolah dengan berkaki ayam. Mohed sedar dengan pendidikanlah yang hanya akan dapat mengubah nasib kehidupannya. Pernah suatu ketika, dia mengalami kesusahan dan tiada wang untuk membeli buku, dia sanggup menggadaikan basikalnya hanya semata-mata untuk membeli buku. Baginya, untuk berjaya ilmu paling penting. Mohed amat cemerlang dalam pelajaran dan hasil usaha gigihnya, dia ditawarkan biasiswa untuk menyambung pelajaran ke Perancis semasa berusia 17 tahun. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di syarikat Abu Dhabi National Oil buat beberapa seketika sebelum mula terlibat dalam pelaburan dan membeli syarikatnya sendiri. Dari situlah dia membina kekayaannya sehingga mampu menjadi bilionair terkenal sekarang ini. #2-Prinsip Kejayaan Mohed -Kejayaan Anda Ada Dalam Diri Anda Menurut Mohed, faktor kejayaan seseorang bukanlah ditentukan oleh pengaruh luar atau persekitaran sebaliknya ia terdapat dalam diri kita sendiri. -Bina BOAT Anda Sendiri Mohed menggunakan akronim BOAT sebagai panduan untuk berjaya dalam bisnes. B adalah 'belief', O adalah optimis, A adalah 'asertif', T pula adalah 'trust'. Mohed ternyata seorang yang optimis apabila beliau sanggup menjual basikal demi untuk membeli buku. Tindakan besar yang diambil untuk menyelesaikan masalah adalah penting untuk seseorang itu berjaya dan sentiasa maju kehadapan. -Wang Bukan Motivasi Ramai orang nak berniaga dan jadi usahawan kerana nak kaya semata-mata.. Namun bagi Mohed untuk terus berjaya dalam bisnes dan survival, wang bukanlah motivasinya kerana dalam proses untuk mencapai 1 billion itu, dengan ketiadaan atau kekurangan wang, anda akan hilang sumber motivasi dan mudah untuk berputus asa. -Jangan Berhenti 'Upgrade' Diri Menjadi Bilionair bukanlah tiket untuk bersenang lenang dan berhenti berusaha. Sebaliknya semakin kaya anda, semakin besar tanggungjawab anda untuk terus berusaha untuk mengekalkan atau meningkatkan kualiti hidup anda tanpa henti. Justeru, seorang usahawan bertanggungjawab untuk belajar tanpa henti dan sentiasa memburu ilmu baharu. Tidak semestinya ilmu harus diperolehi melalui pendidikan formal, Pendidikan tidak formal juga banyak membantu. Menurut Mohed, ramai bilionair tidak pergi ke sekolah akan tetapi mereka cemerlang dalam Pendidikan. Gunakan peluang untuk belajar semaksimum yang mungkin. -Semakin Nekad Anda, Semakin Jauh Anda Pergi Semua usahawan nak jadi kaya. Lepas berjaya berduit lebih sedikit, apakah target seterusnya? Jutawan…selepas jutawan apa pula target kita seterusnya, Bilionair? Anda harus ketahui perbezaan kedua-dua perkataan ini dan usaha yang diperlukan juga haruslah berbeza. Anda mungkin dapat menjadi seorang jutawan kerana anda bertuah, namun untuk menjadi seorang bilionair, hanya berbekalkan tuah belum mencukupi dan pasti jauh untuk anda miliki. Bekerja keraslah untuk mencapai target impian anda! Sumber Rujukan: Penulis: Nadia Nazri